Khamis, 2 Oktober 2008

REMAJA MATI DITETAK




Sungai Petani,kedah-Gara-gara tidak berpuas hati kerana membuat laporan polis mengenai sekumpulan lelaki yang mengganggu di kedai abangnya di kongsi 14 sungai lalang, seorang remaja mati dan rakannya parah di tetak.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 malam tadi di Taman Kelisa Ria , Sungai Petani selepas kedua-dua mangsa dikejar oleh sekumpulan lelaki terbabit yang naik berang satelah tiga rakan mereka ditangkap sejurus mangsa membuat laporan polis.

mangsa yang cuba melarikan diri bersama seorang lagi rakannya dengan menunggang motosikal bertembung kumpulan lelaki terbabit di Taman Kelisa Ria, Sungai Petani sehingga tercetus satu pertengkaran.

Akibatnya mangsa M. Thamodram, 21 tahun dari Kampung Rusa ditetak di kepala dan meninggal di tempat kejadian manakala seorang lagi rakannya yang cuba melarikan diri turut cedera di tetak.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk dibedah siasat manakala rakan mangsa turut dirawat di hospital sama dan keadaannya dilaporkan stabil.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda superintenden Ong Aik Chang berkata enam lelaki berusia antara 18 dan 25 tahun ditahan bagi membantu siasatan , hasil soal siasat, pihak polis telah mengenal pasti identiti suspek dan sedang memburunya.

Superitendan Ong Aik Chang berkata, kes diklasifikasikan sebagai “bunuh” dan disiasat mengikut seksyen 3-0-2 kanun keseksaan.

Tiada ulasan: